#

BERITA

PROGRAM JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT 2021 DENGAN TEMA "BACA ITU TERAPI"

Jom semarakkan budaya membaca dengan menyertai 'Program Jom Baca Bersama untuk 10 Minit 2021 dengan tema "Baca Itu Terapi".

Sudahkan anda bersedia untuk menggegarkan dunia dengan gelombang membaca?

Ayuh sama-sama membaca secara serentak di seluruh Malaysia, berhenti seketika dan luangkan masa untuk membaca buku atau e-buku pada 22 April 2021 (Khamis) jam 11.00 pagi.

Sehubungan dengan itu, pihak UPK menjemput seluruh warga PTSB untuk terlibat dalam program ini yang akan berlangsung pada :

Tarikh : 22 April 2021
Masa : 11.00pagi - 11.10pagi
Tempat : Dewan Muadzam Shah, PTSB ( Majlis Perhimpunan Bulanan April 2021)

Mohon setiap staf membawa senaskhah buku untuk dibaca.

Kerjasama daripada semua pihak dalam menyokong program inisiatif membaca 2021 ini amatlah dihargai.

Bersama kita semarakkan amalan membaca agar menjadi budaya rakyat Malaysia.

Bangsa Membaca Bangsa Berjaya!

#ptsbmembaca2021
#perpustakaanalkhawarizmiptsb
#malaysiamembaca #bangsamembacabangsaberjaya #jombacabersama10minit2021

#