Sudut bacaan (Reading Corner) merupakan satu ruang atau satu lokasi stategik yang dilengkapi dengan kemudahan dan koleksi bacaan yang pelbagai. Sudut bacaan memerlukan ruang untuk menyimpan dan mempamerkan bahan bacaan. Bahan bacaan dapat dipaparkan dengan pelbagai cara. Contohnya, di atas meja, di tali yang diikat di atas meja atau rak dan lain-lain.
Konsep sudut bacaan adalah bersifat hijau selaras dengan Kempen Go Green PTSB yang menjadi budaya dalam kalangan warga PTSB. Suasana sudut bacaan yang tenang dan santai dapat menarik minat warga PTSB bagi mengembangkan kebiasaan membaca dan muncul sebagai pembaca bebas.
Sudut bacaan hijau ini bakal menyumbang kepada persekitaran yang selamat dan sihat. Adalah diharapkan sudut bacaan ini dapat merancakkan budaya membaca, semangat cintai alam sekitar dan seterusnya melahirkan warga PTSB yang berilmu dan cakna terhadap kepentingan menjaga alam sekitar.
Sudut bacaan diwujudkan untuk memudahkan warga PTSB mendapatkan bahan bacaan di mana-mana sahaja. Selain itu, keperluan sudut bacaan ini bertujuan untuk:
i. Menanam minat membaca yang berterusan dalam kalangan warga PTSB
ii. Menampilkan warga PTSB yang mengamalkan ciri- ciri pembaca berkualiti
iii. Menyemarakkan budaya ilmu dalam kalangan staf dan pelajar
iv. Memberi sokongan kepada Kempen Galakan Membaca Sepanjang Tahun oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)
v. Mewujudkan persekitaran yang kondusif dengan sudut bacaan yang sesuai di sekitar kawasan PTSB
• Pertandingan ini wajib disertai oleh semua jabatan dan unit di PTSB.
• Sudut bacaa mestilah kreatif, berinfromasi dan mempunyai eleman hijau yang menarik.
• Penjurian akan dibuat pada Oktober 2020.
• Maklumat lanjut boleh didapati melalui FB Pusat Sumber dan Perpustakaan PTSB dan website PTSB.
JKA
JKE
JKM
JP
JMSK
JPA
JSKK
UPSIS
UPPsi
UTMK
Unit Aset & Stor
UPDP
ULPL