#

BERITA

PROGRAM 1 STAF 1 BUKU

Unit Perpustakaan Al-Khawarizmi telah melancarkan Program 1 Staf 1 Buku bagi menggalakkan staf menyumbang buku-buku baharu dan terpakai khususnya berkaitan kursus yang ditawarkan di PTSB.

Ini adalah salah satu usaha untuk menambah koleksi bahan bacaan akademik di perpustakaan bagi kegunaan pelajar dan staf dan menggalakkan lagi budaya membaca.

Program ini berlangsung sepanjang tahun 2021 dan diharapkan menjadi 'budaya menyumbang buku' dalam kalangan warga PTSB selepas ini.

Pihak UPK amat menghargai dan berbesar hati menerima sumbangan daripada tuan puan. Terima kasih daun keladi.

# # # # # #