#

PENGENALAN

PENGENALAN UPK

Perpustakaan merupakan pusat informasi yang terpenting sama ada kepada pelajar mahupun staf di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah. Perpustakaan PTSB kini sedang menjalani usaha-usaha penambahbaikan untuk menjadi sebagai salah satu pusat informasi, sumber dan kajian. Para pelajar dan juga staf boleh mengakses sumber-sumber dari perpustakaan ini secara percuma. Ia juga boleh memuatkan seramai 600 orang pelajar dalam satu masa. Di samping itu, bilik karel, bilik perbincangan, perkhidmatan rujukan, perkhidmatan fotostat serta perkhidmatan komputer berinternet turut disediakan bagi kemudahan pelajar.



#

VISI & MISI UPK

VISI

Membangunkan koleksi berkualiti serta memberi perkhidmatan dan kemudahan yang efisyen,sistematik dan mesra pelanggan.

MISI

Sebagai pemangkin ke arah proses pembelajaran dan pengajaran serta penyelidikan melalui teknologi terkini bagi melahirkan tenaga kerja separa profesional.

OBJEKTIF UPK

  • 1. Mengesan,mengumpul,menyimpan ,mengurus ,menyedia dan    menyebarkan sumber yang bersesuaian, berkualiti & terkini dalam    semua program anjuran politeknik.
  • 2. Memberikan perkhidmatan perpustakaan yang cemerlang bersesuai     dengan perkembangan teknologi maklumat.
  • 3. Mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi memupuk minat dan     membudayakan ilmu.
  • 4. Membantu melahirkan tenaga separa profesional yang kreatif dan     berdaya saing serta mempunyai sahsiah diri yang tinggi.