#

BERITA

JOM BACA BERSAMA 10 MINIT!

Pada 18 Mei 2023 (Khamis ) 11.00pagi - 11.10pagi ,bertempat di Ruang Bacaan Perpustakaan Al- Khawarizmi telah berlangsung Program baca bersama 10 minit dengan tema 'Baca Bina Insan' merupakan sebahagian daripada gerakan membaca yang dijalankan setiap tahun sebagai usaha berterusan membentuk masyarakat yang membudayakan tabiat membaca.

Pada setiap tahun, kesemua Perpustakaan melaksanakan program ini secara serentak pada hari, tarikh, masa yang sama.

Konsep program ini diilhamkan oleh daripada sambutan Eart Hour di mana semua peserta tanpa mengira apa jua aktiviti yang sedang dilalukan akan bersama- sama berhenti sebentar dan membaca selama 10minit secara serentak.

Sehubungan dengan itu, pihak UPK mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh warga PTSB yang menyokong program inisiatif membaca dan menjayakan untuk tahun 2023 ini.

Bersama kita semarakkan amalan membaca agar menjadi budaya rakyat Malaysia.

#ptsbmembaca2023
#perpustakaanalkhawarizmiptsb
malaysiamembaca
#bangsamembacabangsaberjaya
#jombacabersama10minit2023
#bacabinainsan

#