#

BERITA

LAWATAN KERJA YB TIMBALAN MENTERI PENGAJIAN TINGGI

Kunjungan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, YB Dato' Dr Mansor bin Othman ke kampus PTSB pada 14 Mac 2021.

YB Dato' mengadakan pertemuan ringkas bersama pihak pengurusan dan seterusnya mengadakan lawatan ke sekitar kampus PTSB.

YB Dato' Dr Mansor bin Othman turut merasmikan penjenamaan semula Perpustakaan PTSB kepada Perpustakaan Al-Khawarizmi.

Beliau berkesempatan melihat pameran inovasi terbaik para pensyarah dan pelajar PTSB yang dipamerkan di Perpustakaan Al-Khawarizmi.

# #