#

BERITA

MAJLIS PENYERAHAN BUKU OLEH JKA SEMPENA MENYOKONG PROGRAM 1 STAF 1

Jabatan Kejuruteraan Awam telah mengambil inisiatif menganjurkan Majlis Penyerahan Buku sempena menyokong Program 1 Staf 1 Buku anjuran Perpustakaan Al-Khawarizmi.

Majlis yang diadakan pada 11 April 2021 ini telah disempurnakan oleh Ketua Jabatan JKA, En. Muhamad Fairuzzairi Bin Abdul Hamid dan Pn Liza Suhana Ramli Ketua Unit Perpustakaan Al-Khawarizmi.

Buku sumbangan daripada staf JKA telah disampaikan oleh Ketua Jabatan dan Ketua-Ketua Program Jabatan Kejuruteraan Awam kepada KUPK.

Sekalung penghargaan buat warga JKA daripada pihak Perpustakaan Al-Khawarizmi.

# # #