#

BERITA

MAJLIS PENYERAHAN BUKU SEMPENA MENYOKONG PROGRAM 1 STAF 1 BUKU ANJURAN PERPUSTAKAAN AL- KHAWARIZMI PTSB

Tarikh: 7 Mac 2021
Tempat: JKM Green Corner
Masa: 10.00pg-11.00pg

Jabatan Kejuruteraan Mekanikal telah mengambil inisiatif menganjurkan Majlis Penyerahan Buku sempena menyokong Program 1 Staf 1 Buku anjuran Perpustakaan Al-Khawarizmi.

Majlis yang diadakan pada 7 Mac 2021 ini telah disempurnakan oleh Pengarah PTSB, Puan Yusma binti Yusof dengan diiringi oleh Timbalan Pengarah Sokongan Akademik dan Ketua Unit Perpustakaan Al-Khawarizmi.

Sebanyak 100 naskhah buku sumbangan daripada staf JKM telah disampaikan oleh Ketua Jabatan dan Ketua-Ketua Program Jabatan Kejuruteraan Mekanikal kepada KUPK.

Sekalung penghargaan buat warga JKM daripada pihak Perpustakaan Al-Khawarizmi.

# # # #