#

BERITA

RESENSI BUKU – SAKITNYA TU DISINI! DAN MELUDAH KE LANGIT

Program Resensi Buku anjuran Pusat Sumber dan Perpustakaan (PSP), Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) telah diadakan pada 26 Februari 2020 bertempat di ruang lobi, PSP. Panel jemputan yang terlibat adalah Pn. Liza Suhana bt Ramli, Ketua PSP dan Pn. Azalina bt Khalil, Ketua Unit Pengurusan Teknologi Hijau. Program ini melibatkan seramai 15 orang pelajar semester 2 dari Jabatan Kejuruteraan Awam dan pelajar semester 3 dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik.

Pada sesi ini, buku Siri Bercakap Dengan Cermin terbitan Galeri Ilmu menjadi pilihan. Semoga pelajar-pelajar mendapat sesuatu daripada perkongsian ini dan semoga program-program anjuran PSP yang akan datang bakal mendapat sambutan dan sokongan yang lebih menggalakan daripada warga PTSB.

# #