#

BERITA

CABARAN ULASAN BUKU

8 Jun 2020 – Perpustakaan PTSB telah mengadakan program Cabaran Ulasan Buku, peserta perlu kongsikan ulasan tentang sebuah buku yang telah dibaca sepanjang tempoh PKPB di facebook . Tujuan program ini untuk memupuk minat warga PTSB membaca dan membuat ulasan buku.

Tahniah diucapkan kepada para pemenang Cabaran Ulasan Buku anjuran Pusat Sumber dan Perpustakaan PTSB.
1) Puan Norizan Md Isa
2) Puan Noor Azalina Khalil
3) Puan Azhani Ariffin

Para pemenang akan dihubungi oleh pihak UPSP untuk penyerahan hadiah dan sijil.Terima kasih kepada semua yang telah mengambil bahagian dalam cabaran kali ini.Untuk makluman, juri bagi cabaran ini ialah Cik Faizah binti Ahmad. Beliau ialah seorang jurutera, penulis buku dan perantis Akademi Bonda Nor, sebuah akademi penulisan dakwah santai Malaysia. Beliau turut berpengalaman menulis ulasan pelbagai genre buku.

# # #