#

BERITA

PROGRAM JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT 2021 DENGAN TEMA "BACA ITU TERAPI"

Program 'Jom Membaca Bersama 10minit' merupakan sebahagian daripada gerakan membaca yang dijalankan setiap tahun sebagai usaha berterusan membentuk masyarakat yang membudayakan tabiat membaca. Pada setiap tahun tahun, kesemua perpustakaan melaksanakan program ini secara serentak pada hari, tarikh dan masa yang sama, iaitu pada 22 April pada jam 11.00 hingga 11.10 pagi.

Konsep program ini diilhamkan daripada sambutan Earth Hour di mana semua peserta tanpa mengira apa jua aktiviti yang sedang dilakukan akan bersama-sama berhenti sebentar dan membaca selama 10 minit secara serentak.

Sehubungan dengan itu, pihak UPK telah menjemput seluruh warga PTSB untuk terlibat dalam program ini yang berlangsung pada Majlis Perhimpunan Bulanan Staf April 2021 .

Kerjasama dari semua pihak dalam menyokong program inisiatif membaca 2021 ini amatlah dihargai.

Bersama kita semarakkan amalan membaca agar menjadi budaya rakayat Malaysia.

# # #